Sebulan lebih ni, selain disibukkan dengan pelbagai urusan (urus slot copywriting untuk client, siapkan buku-buku client, isi slot content website client dan lain-lainnya), memang sengaja pilih untuk menjauhi media sosial peribadi buat sementara waktu.
Kadang jari gatal, tetaplah update juga yang ringan-ringan (macam gambar atau repost) di facebook atau instagram.
Cuma di sini, aku pilih untuk rehat sekejap. Beri laluan kepada hati dan fikiran untuk clear, takut terluah yang tak sepatutnya di sini.
Walaupun orang kata blog ni macam diari peribadi, tetapi untuk aku, ruang ni tak cukup peribadi macam diari (buku). Tetap ada hal-hal yang aku rasa tak sesuai dan sepatutnya nak kongsi di sini. Dan aku rasa, ada juga yang fikir macam aku... Kan... Kan... Kan... Hehehe.
Banyak yang aku rasa nak luah dan kongsi, tetapi fikiran menolak walaupun hati mahu. Macam mana tu? Ya, sedapat mungkin aku nak kawal hati ni dengan baik, supaya tak jadi penyebab masalah di kemudian hari.
Lagipun, hal-hal yang mengaibkan diri sendiri dan pihak lain, rasanya taklah wajar untuk didedahkan. Belum rasa terpaksa dan perlu, harapnya sampai bila-bilalah jadi rahsia peribadi. Insya-Allah.
Kali terakhir aku post entry di sini, 6 Februari 2021, itu pun kongsi semula resepi (untuk rujukan aku sendiri pada masa depan, nanti nak guna senang cari, itu saja tujuan aku.
Kalau ada yang nak guna, boleh sama-sama manfaatkan. Dan kita doakan semoga pemilik (resipi atau tulisan) yang baik hati berkongsi itu terus dilimpahi-Nya rezeki dan rahmat dunia akhirat, Aamiin.
Harapnya, selepas entry ni, aku 'rajin' muncul semula di sini. Menulis dan berkongsi macam biasanya yang aku buat.
Cuma, untuk kali ini, memadai setakat ini dulu. Lain kali, aku masuk lagi. Dan terima kasih kepada yang mesej personal, bertanya khabar 'kehilangan' aku. Aduh... Rasa macam seseorang yang sangat dihargai apabila kehilangan disedari. Terima kasih dengan sangat, semoga kalian semua sentiasa dalam lindungan, rahmat dan kasih sayang-Nya nan tiada tara. Aamiin.