Raya
tu hari cuti agak lama, puaslah keliling rumah. Tegur Makcik B,
usik-usik manja Makcik C, melangut di serambi rumah Makcik D, kacau
Pakcik E yang dok ralit gentel rokok daun. Huishhh... semuanya aku buat
bila bosan menerjah. Mana maunya dok dalam rumah sepanjang hari, dengan
line Internet yang membunuh keterujaan!
Dalam
ramai2 aku jumpa, ada seorang dua yang jenis mulut longkang...lebih
busuk dari longkang pun ada. Bab mengutuk depan2 tu aku kerjungkan hati
je, malas nak membidas...kes hormat orang tua. Ma tak ajar anak dia jadi
biadap!
Cuma dengan seorang ni 'syaiton' dalam kepala
terlepas ke alam nyata. Agaknya terbakar kot kat dalam tu dengar macam2
kutukan hahaha. Kesnya, seorang minah ni dok sibuk tanya aku kerja
apa...dok kat mana...kenapa dapat cuti lama sedangkan adik dia yang
kerja jugak kat kolumpo dapat cuti 4 hari jek (...ater...apa kaitan
dengan aku, bukan kerja 1
office pun hahaha...aneh2 depa ni).
Si minah baju biru blink2: Kerja apa kat KL tu, boleh pulak cuti lama2? Kerja kilang?
Aku: Kerja kilang boleh cuti lama2 ye, tak tahu pulak!
Si minah baju biru blik2: Kalau kerja opis mana boleh cuti lama2, macam adik saya tu. Empat hari je dapat cuti.
Aku: Kerja saya tak semestinya kena masuk office, janji kerja siap.
Si minah baju biru blink2: Kerja ap gitu?
Aku: Saya penulis. Menulis utk majalah
online.
Si minah baju biru blink2: Penulis? Ingatkan manager! (Dengan senyum sinisnya)
Aku: Oh, adik awak
manager ke kat
office dia?
Si minah baju biru blink2: Dia pegawai tapak projek (dengan muka dan senyum bangga).
Aku: Oh, ingatkan
manager!
Si minah baju biru blink2: Kerja menulis tu boleh hidup ke?
Aku: Rezeki daripada Allah, Alhamdulillah...cukup untuk bayar
loan rumah, kereta, bagi Mak dan tanggung hidup.
Si
minah baju biru blink2: Kerja menulis kat majalah tu tak mencabar
rasanya, tak macam pegawai, cikgu, doktor. Kalau kerja tu mencabar baru
orang pandang.Kita pun rasa bangga nak bercerita kat orang.
...itu antara rentetan perbualan kami, kalau nak ditaip semua kat sini memanglah panjang. Sebab, aku ni jenis kalau dah
start membidas panjang cerita hahaha. Apatah lagi kalau lawan aku tu jenis kurang ajar....
Apa perasaan
uolls apabila orang kutuk kerjaya pilihan
Uolls?
Aku? Haruslah sentap! Apatah lagi kalau menyentuh soal sumbangan. Aku
percaya, setiap orang mahu memilih kerjaya berdasarkan kemampuan
dirinya. Ramai yang sanggup belajar bertahun-tahun semata-mata untuk
menggapai kerjaya impian. Macam tu jugalah aku.
Menulis
ni dah sebati dalam diri aku. Alhamdulillah, rezeki aku juga dalam
dunia penulisan. Kerjaya penulisan dah bawa aku berjalan merata
(haruslah
free 'kan), dah beri peluang saya jumpa macam-macam
jenis orang termasuk yang berpangkat tinggi dalam negara. Dapat duduk
bersembang empat mata dengan golongan VVIP, VIP, kerabat diraja, doktor,
pensyarah, dekan, pakar sains, artis, model...pendek kata, memang
speciallah kerja aku ni.
Saya
juga teruja kerana berpeluang menulis pelbagai artikel, pernah dapat
penghargaan utk hasil tulisan sendiri dan banyak lagi. Dalam kerjaya
ini, pelbagai onak duri juga dah aku tempuhi. Pahit maung, tendang
terajangnya...Allahu Akbar...tanyalah mana-mana penulis, mereka pasti
ada cerita dan pengalaman tersendiri untuk merealisasikan hasil tulisan
mereka.
Dipuji, digertak, diherdik, dihalau, diragut,
disamun, ditipu...semuanya dah aku lalui sepanjang kerjaya dalam bidang
penulisan. Cuma kini, ruang kerja aku lebih santai. Kebebasan menulis
lebih banyak dan perlu lebih kreatif untuk bersaing dengan media baru
yang cukup pantas. Ah, itu perkara biasa.
Pucuk
pangkalnya, aku nak beritahu setiap bidang kerja ada cabaran serta
sumbangan tersendiri. Jadi, jangan meremehkan kerja orang. Benda yang
kita nampak mudah, tak semestinya senang. Misalnya, jemput-jemput pisang
tu nampak macam senang je nak buat...tetapi berapa ramai yang GAGAL
membuatnya untuk kali pertama? Adunan terlebih lembik la, terlebih
tepung la, hangus, tawar atau melepek je dlm pinggan (...ni cakap
berdasarkan pengalaman sendiri, aku LULUS buat kek, tapi gagal buat
jemput2 pisang hahaha). Setuju?