.

Selasa, 24 Jun 2014

Kalau nak, tak susah pun...

Daun kesom, Kunyit dan pandan.

Kat pasu kedua, pokok kunyit membesar dan berdaun lebar...Happy me ^_^

Kata siapa, dok apartment tak boleh bercucuk tanam? Nah, hidup pun pokok2 neh. Boleh aje kalau nak 'kan, asal tak ganggu jiran korang sudah. Tu...Jiran tingkat bawah saya, siap bela ayam serama bagai dalam reban, elok je takde bau or najis bersepah. Kalau reti hidup bermasyarakat, takde hal 'kan.

Saya memang seronok kalau dapat menaman pokok2 kesukaan terutama daun kesom, kunyit, pandan, cili dan lain-lain. Sayangnya dok apartment ni, ruang sangat terhad. Kalau lebar2 seluas dewan harus pokok pisang, rambutan, manggis, durian, dokong, ramai dan segala bagai penuh keliling rumah... hehehe. Apa-apa pun, dapat bercucuk tanam dalam pasu pun dah syukur. Alhamdulillah. 

Isnin, 23 Jun 2014

Berguru dengan 'Tamar Jalis'...

Selepas bertahun-tahun 'Tamar Jalis' menjadi teka teki di kalangan peminat setianya, baru dia terbuka hati mahu merungkai misteri siapa penulis sebenar novel popular Siri Bercakap Dengan Jin.
Ini guru bahasa, ex editor aku yg sgt stylo. Mula2 dulu tak pernah tahu inilah penulis novel seram- Siri Bercakap Dengan Jin, tulisan TamarJalis sebab di pejabat orang panggil beliau Ahmad Radzi dan aku panggil Uncle Mat. 

Btw... beliau juga editor untuk Majalah Variasari (tetapi waktu itu aku bukan writer Variasari, sebaliknya utk Majalah Variapop. Selepas beberapa tahun bersama Variapop, kemudian hampir 6 tahun ditugaskan buat special projek untuk penerbitan bos aku di Cibubur, Jakarta, barulah aku berpeluang bekerja dengan Uncle Mat untuk Majalah Variasari).

Lepas masuk 2 tahun kerja, baru tahu itu pun sebab terjumpa manuskrip novel beliau di rak bukunya. Sangat low profile, tak bagi aku bocor rahsia siapa dia...katanya belum sampai masa. Waktu tu aku pelik, orang lain nak sangat dikenali dan dia pulak sebaliknya. Aneh-aneh je 'kan ^_^

Alhamdulillah, 2-3 tahun kebelakangan ni, beliau akhirnya 'lembut' hati untuk menonjolkan diri. Selain karya seram, Uncle Mat byk juga menghasilkan novel romantis. Paling aku suka, bahasa cintanya, sangat sastera dan beliau antara editor/guru yang the best dalam hidup aku. Cara dia mengajar dan memberi tunjuk ajar tak pernah berkasar, tetapi sampai mati akan ingat (sila paham di situ...tak semestinya ko maki hamun orang akan dengar cakap ko...ko 'berhalus' orang akan paham bahasa hahahaha)

Alhamdulillah, syukur dikurnai orang-orang yang baik dalam hidup aku. Berpeluang berguru dengan penulis hebat dan kreatif seperti Tamar Jalis ni satu anugerah yang sangat bernilai nan tiada taranya. Syukur, Ya Allah.

Hurmmm... Aku tengah usaha nak atur pertemuan dgn beliau dlm waktu terdekat ni, Aamiin... InsyaAllah. Btw...ada beberapa lagi editor/bos yang aku suka, nanti lain kali aku sembanglah pasal depa ye.

Rabu, 18 Jun 2014

DIY makanan sunnah...

Kalau tau minuman ni sedap, dah lama saya buat...
Memandangkan semedang aje aku ni dapat sakit aneh-aneh, maka petang tadi merajinkan diri buat 'ubat' sendiri daripada makanan sunnah. Kebetulan, kakak baru balik umrah, jadi aku tibai la kurma nabi, delima, air zamzam, habbatus sauda dan 3-4 jenis bahan lain yang dibawa balik dari Tanah Suci tu. 

Patutnya, semua makanan tu diambil secara raw ikut step yang dah dinasihatkan. Sayangnya, aku ni pemalasnya tahap diva. Disiplin jaga ubat tu memang akan ke laut. Makanya, solusi aku... Rojakkan semua jenis bahan tu dalam blender

So, dengan bangga dan gembiranya...tadaaa, ni hasil diy #makanan sunnah versi saya...sedap tau...memang menjilat sudu dan selesailah masalah aku. Aku simpan elok-elok dalam peti ais. Telan sejuk-sejuk sedap sikit hehehe.