Aku suka membaca tulisan ini (disalin semula
daripada blog milik
khairulabdullah.com). Perkongsian yang bermanfaat dan boleh
dijadikan panduan untuk hidup lebih baik. Terima kasih Khairul Abdullah kerana telah
mengolah semula di dalam bahasa Melayu.
Sebenarnya banyak lagi perkongsian menarik
termasuk resipi enak yang ada di dalam blog Khairul dan aku memang sudah lama
menjadi silent readernya hehehe.
Oklah, selamat membaca ^_^
|
Kredit foto: Google |
Terdapat 2 jenis orang di dalam dunia ini :
mereka yang memilih untuk bahagia dan mereka yang tdak memilihnya. Berlawanan
dengan pandangan ramai – kebahagian bukanlah datangnya dari kekayaan,
populariti, harta-benda dan sebagainya – ianya datang dari diri individu itu
sendiri. Orang paling kaya didunia mungkin berserabut pemikirannya dan seorang
yang tidak punya apa-apa bahagia dengan setiap langkah dan detik di dalam
hidupnya. Orang yang bahagia bergembira kerana mereka memilih untuk
membahagiakan diri mereka. Mereka sentiasa positif di dalam melihat kehidupan
dari segenap aspek dan sentiasa tenang dengan diri mereka sendiri.
Persoalannya – bagaimanakah mereka melakukannya?
Jawapannya adalah mudah. Orang yang bahagia mempunyai
tabiat yang menambahbaik kehidupan mereka. Mereka melakukan sesuatu dengan
berbeza. Tanyalah kepada setiap orang yang bahagia – jawapannya adalah sama,
iaitu :-
1. Jangan simpan dendam.
Orang yang bahagia faham yang perbuatan memaafkan
(forgive and forget) adalah lebih baik dari menyimpan dendam kesumat. Dendam
mempunyai pelbagai impak negatif kepada kebahagiaan termasuklah memberikan
tekanan dan stress yang melampau. Kenapa perlu memberikan “kuasa” kepada orang
yang berbuat salah kepada kita untuk terus menekan dan menghantui kita?
Sekiranya anda memaafkan – fikiran akan menjadi tenang dan anda akan bertenaga
untuk menikmati pelbagai perkara yang baik dan menarik di dalam hidup ini.
2. Layanlah dengan penuh kebaikan.
Tahukah anda dengan melayan setiap orang lain
dengan penuh kebaikan membuatkan anda lebih gembira dan bahagia? Ia telah
terbukti secara saintifik dimana setiap kali anda melakukan perkara (kebaikan)
yang tidak mementingkan diri sendiri – otak akan mengeluarkan ‘Serotonin”
iaitu sejenis hormon yang melegakan tekanan dan menaikkan semangat. Bukan
itu sahaja, dengan melayan orang lain dengan penuh hormat dan kasih sayang anda
akan turut dihormati dan ini akan mengeratkan lagi perhubungan sesama rakan,
saudara dan juga orang lain.
|
Kredit foto: Google |
3. Lihatlah masalah sebagai cabaran
Orang yang bahagia sentiasa melihat masalah
sebagai satu cabaran – bukannya sebagai situasi penghalang, payah ataupun
sukar. Sekiranya dilihat sebagai satu cabaran – masalah akan bertukar menjadi
peluang untuk cuba meyelesaikannya dan sebagai satu tugas yang perlu disiapkan.
Jadi, setiap kali berhadapan dengan masalah – anggaplah ia sebagai satu
cabaran.
4. Bersyukurlah dengan apa yang ada.
Orang yang bahagia sentiasa bersyukur dengan apa
yang mereka ada. Pepatah mengatakan ” Orang yang bahagia tidak mempunyai semua
yang terbaik tetapi mereka menggunakan apa yang mereka ada dengan
sebaik-baiknya”. Anda akan lebih berasa gembira sekiranya anda bersyukur dengan
apa yang ada daripada terus mengeluh dengan apa yang anda tidak ada.
5. Bercita-cita tinggi
Orang yang bercita-cita tinggi (dream big)
selalunya akan berjaya mencapai cita-citanya itu daripada orang yang tidak
bercita-cita langsung. Sekiranya anda bercita-cita tinggi, otak serta pemikiran
anda akan menetapkan fokus bagi mencapai cita-cita tersebut.
6. Jangan membesarkan perkara yang kecil
Orang yang bahagia tidak peduli dengan perkara
kecil yang remeh-temeh. Mereka akan bertanya kepada diri sendiri ‘Adakah
perkara ini akan menjadi hal dalam tempoh sebulan atau setahun akan datang?”
Bagi mereka, hidup ini adalah singkat untuk dibebankan dengan perkara yang
kecil. Mereka gembira menjalani hidup dengan mengenepikan perkara kecil yang
remeh.
7. Bercakap baik tentang orang lain
Menjadi baik atau berbuat baik adalah lebih
bahagia dari menjadi atau berbuat jahat. Sama juga dengan berkata benda yang
baik adalah lebih bahagia serta mulia dari berkata benda yang jahat – apatah
lagi mengenai diri orang lain. Walaupun ber”gossip” itu seronok – namun
bercakap tentang keburukan seseorang akan membuatkan diri anda menjadi geram
dan kadangkala rasa bersalah akan muncul. Bercakap atau bercerita kebaikan
seseorang akan membuatkan anda berfikiran lebih positif dan tidak menilai diri
orang lain.
8. Jangan memberi alasan
Benjamin Franklin pernah berkata yang “Seseorang
yang pandai memberi alasan selalunya tidak pandai di dalam apa jua perkara
lain”. Orang yang suka memberi alasan adalah orang yang tidak berguna. Orang
yang bahagia tidak memberikan alasan atau menyalahkan orang lain sekiranya
mereka gagal. Mereka sentiasa menyalahkan diri sendiri dan akan cuba
membuat yang lebih baik di masa hadapan.
9. Lupakan kisah silam
Orang bahagia tidak memikirkan atau mengenang
kisah-kisah silam. Mereka sentiasa menjalankan kehidupan yang terbaik untuk
hari ini dan merancang yang terbaik untuk hari esok. Memikirkan secara
keterlaluan perkara yang sudah lepas serta perkara yang akan berlaku di masa
hadapan sering membuatkan diri menjadi runsing dan tertekan. Jalanilah da
nikmatilah hidup pada hari ini dengan sebaiknya seolah tiada hari esok.
10. Bangunlah pada waktu yang sama setiap
pagi
Tidakkah anda perasan yang orang yang bahagia dan
berjaya selalunya orang yang bangun awal pagi. Bangun pada masa yang sama
setiap pagi akan menetapkan ritma sirkulasi tubuh badan. Hasilnya –
produktiviti diri akan meningkat dan membuatkan anda sentiasa fokus. Dan
ingat..pintu rezeki sentiasa terbuka di awal pagi.
11. Elakkan perbandingan sosial
Setiap orang bekerja dan berfungsi pada kadar
diri mereka masing-masing – ada yang laju, ada yang perlahan dan ada yang
sederhana. Ada yang sudah berjaya, adaya yang belum berjaya dan ada yang masih
sedang mencuba. Sekiranya anda merasakan diri anda berjaya dan lebih bagus dari
orang lain – anda akan mempunyai sifat takbur. Manakala sekiranya anda
merasakan anda lemah dan gagal dan orang lain lebih baik serta bagus dari anda
– maka anda akan merasa terlalu rendah diri pula. Jadi usahlah dibandingkan
diri anda dengan orang lain. Anda akan lebih bahagia dan gembira jika anda
menumpukan perhatian terhadap usaha serta pencapaian anda dan memuji kejayaan
orang lain. Dan ingat..perbandingan sosial ini juga adalah antara penyebab
perasaan hasad dengki.
12. Pilih kawan yang sesuai
Amat penting bagi anda untuk dikelilingi oleh
rakan-rakan yang optimistik dan sentiasa berfikiran positif. Rakan yang
optimistik akan sentiasa mendorong anda untuk mencapai cita-cita anda manakala
rakan yang pesimis pula akan sentiasa menghadirkan rintangan serta masalah
terhadap cita-cita anda. Lagi banyak tenaga positif di persekitaran anda maka
anda akan merasa bertamabah lega, senang dan bahagia.
13. Jangan meminta izin atau kebenaran
orang lain
Orang yang bahagia dan berjaya tidak peduli
dengan cakap-cakap orang. Mereka tidak perlu meminta kebenaran dari orang lain
untuk berbuat sesuatu yang membahagiakan mereka. Anda perlu tahu yang adalah
mustahil untuk memuaskan hati semua pihak. Namun, perlu dengar pendapat mereka
dan keputusannya andalah yang buat sendiri tanpa memohon kebenaran mereka. Namun
begitu, seorang isteri haruslah meminta izin suami untuk melakukan sesuatu yang
melibatkan tanggungjawab anda sebagai seorang isteri.
14. Lebihkan mendengar dari bercakap
Kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar –
kerana dengan mendengar akan membuat fikiran anda lebih terbuka terhadap
pendapat, kebijaksanaan maupun kebodohan orang lain. Lebih peka anda mendengar
– lebih tertumpu serta tajam pemikiran anda.
15. Eratkan hubungan sosial.
Orang yang bersendirian (penyendiri) adalah orang
yang sengsara dan bermasaalah. Orang yang bahagia dan gembira tahu bahawa
hubungan sosial yang sihat dan erat adalah sangat penting. Jadi selalulah
berhubung dengan saudara, rakan-rakan, jiran serta orang yang penting di dalam
hidup anda.
16. Meditasi.
Meditasi adalah perbuatan duduk berdiam diri dan
mengosongkan pemikiran – bagi merehatkan minda. Bagi kita orang Islam, solat
adalah meditasi yang terbaik. Solat 5 waktu mampu merehatkan minda serta
membersihkan jiwa dari segala sifat yang tidak diperlukan di dalam diri. Orang
yang bahagia tahu dimana mereka perlu merehatkan minda dan menenagkan jiwa
ketika berhadapan dengan dengan rintangan, halangan, dugaan serta perasaan
amarah.
17. Pilih makanan yang terbaik.
Jangan makan dengan kerap makanan ringan yang
tidak elok dan tidak berkhasiat. Makanan ringan membuatkan anda menjadi lembap
– anda tidak akan gembira sekiranya badan dan pemikiran anda lembap. Setiap
makanan yang dimakan akan memberi kesan terhadap pengeluaran hormon-hormon yang
menentukan, tenaga, perasaan, sifat serta mood anda. Jadi sentiasa makan
makanan yang berkhasiat bagi menjamin kesihatan mental dan juga fizikal.
18. Kerap bersenam
Kajian menunjukkan senaman menaikkan tahap
kegembiraan seseorang dengan lebih baik. Bersenam juga akan meningkatkan tahap
kendiri dan membuatkan anda lebih yakin dengan diri anda serta memberikan rasa
pencapaian yang lebih tinggi.
19. Hidup bersederhana.
Orang bahagia sentiasa ringkas di dalam kehidupan
seharian. Rumah mereka tidak terlalu padat dengan perabot dan aksesori yang merimaskan
yang akhirnya akan memeningkan kepala mereka. Kajian menunjukkan orang yang
tinggal di rumah kecil, dengan perabot yang ringkas, berkereta sederhana dan
tidak mempunyai banyak harta adalah lebih bahagia.
20. Bercakap benar
Menipu membuat anda stress, menghakis sifat atau
jati-diri serta membuatkan anda tidak disukai. Menjadi seorang yang jujur
membuatkan anda lebih terasa bebas, mental anda lebih stabil dan juga
perhubungan sosial anda akan sentiasa baik. Jasi, sentiasalah bercakap benar
dan bersifat jujur.
21. Kebolehan mengawal diri.
Orang yang bahagia mempunyai kebolehan untuk
menentukan haluan atau arah tuju beliau sendiri. Mereka tidak membenarkan orang
lain mengawal diri serta kehidupan mereka. Kebolehan menjalani serta mengawal
hidup sendiri meningkatkan lagi tahap jati-diri (self-esteemed).
22. Terimalah seadanya
Sekiranya anda boleh menerima yang hidup ini
serta diri anda secara fizikalnya adalah tidak sama dari seorang individu
kepada individu yang lain – anda akan merasa lebih tenang dan aman. Janganlah
dibandingkan hidup anda dengan orang lain – betapa cantiknya orang itu dan anda
tidak, betapa tingginya dia dan anda rendah dan sebagainya lagi. Anda
perlu fokus kepada perkara yang di dalam kawalan anda dari memikirkan ciptaan
tuhan yang tidak boleh anda ubah.
Kredit : Chiara Fucarino
——————————————————————————————————-
Artikel ini dikirim oleh seorang rakan saya
semalam dan asalnya adalah di dalam bahasa inggeris, namun saya telah olahkan
semula di dalam bahasa melayu. Terima kasih Eliza.
Marilah kita bersama-sama menjadi insan yang
bahagia. Ameeen.
Nota kaki: Minta halal ye Khairul Abdullah (khairulabdullah.com) kerana tumpang sharing di sini. Harapnya bermanfaat kepada lebih ramai orang yang ingin menikmati BAHAGIA ^_^