...hari ni, lepas proses beberapa bahan untuk Jelita edisi Disember,
aku ke G-Tower, Jln Tun Razak, KL. Huh, ni pertama kali attend event kat
sini. So, mmg ler sengal2 ubi jap. Tapi, sebab kedudukannya agak senang
dan biasa dilalui so tak ada la masalah sgt.
...btw,
aku attend launch product- InnerShine RubyCollagen Essence.Aceli tak
susah pun nak ke G-Tower ni, dari opis ikut Smart mmg senang, kebetulan
jalan tak jem. Lebih kurang 20 minit aku dah tercegat kat lokasi event
(huhuhu mood sgt syiok sebab x yah redah jem mcm biasa tu).
...lepas
daftar kehadiran, PRnya terus bawa ke Tanzini (tempat event diadakan).
Dah ramai juga geng media yg sampai, blogger pun ramai...hmmm. Dek
kerana hari ni mood skit rajin, so aku snap gambar sendiri. Kiranya,
hari ni buat dua kerja dalam satu la.
...dekat 3.30pm,
event pun start la. Muncul pengacara yg ceria dan ramah, Azura Zainal.
Sweet sgt, lama tak jumpa dia hehehehe. Kemudian datang pula model dan
pelakon cantik, Carmen Soo. Sambil catat info yg patut, aku snap moment
yg sesuai. Huhuhu...mcm bz sgt la aku time ni hahahaha, poyo tak?
...ok
la, malas borak pjg2. Aku dah 'karang' skit info pasal new kologen ni
utk korang. Dari segi rasa, mmg sedap (sbb aku boleh minum 2 botol
sekali gus-nampak betapa nak cantiknya aku hahahaha). Dan mcm biasa, aku
dapat sekotak free. Sekotak ada 14 botol, lepas habis nanti aku cerita
kat korang apa hasilnya ye. Now...korang baca infonya sampai habis tau.
Lepas tu, cepat2 p cari kat kedai, beli & minum. Serius, tak
rugi!
Info produk:-
JADUAL
kerja yang tidak menentu kadangkala membuat kita terlupa untuk menjaga
kecantikan diri. Manakala faktor usia yang meningkat akan mengurangkan
kandungan kolagen pada kulit, sekali gus mempercepatkan proses penuaan.
Faktor alam sekitar seperti sinaran ultra ungu (UV) serta gaya hidup
seperti tabiat merokok dan tekanan bekerja juga mempercepatkan
kehilangan kolagen pada kulit.
Bagi mengatasi masalah ini,
Innershine kini tampil dengan InnerShine RubyCollagen Essence. Makanan
tambahan antipenuaan ini membantu melambatkan proses penuaan dengan
melancarkan tiga tindakan penting iaitu mengekalkan, melindungi serta
menyokong kesihatan kulit.
Jadi, dengan adanya makanan tambahan
seperti InnerShine RubyCollagen Essence ini, kita dapat mengekalkan
kecantikan wajah walaupun tanpa secalit make-up.
Innershine Ruby
Collagen mengandungi adunan mikro-kolagen berkualiti yang mudah diserap
daripada ikan dan astaxanthin iaitu ekstrak mikro-alga khas didatangkan
dari Sweden.
Komen Carmen Soo (model dan pelakon, juga wajah baru kempen 360 darjah pemasaran Innershine Ruby Collagen ):-
“Setiap
hari, saya bekerja 24 jam kerana memenuhi jadual lakonan di dalam dan
luar negara, penggambaran iklan, sesi fotografi atau menghadiri majlis
tertentu. Jadi, saya selalu kurang tidur, badan penat dan muka lesu.
Sebagai langkah berjaga-jaga, saya mengamalkan beberapa petua dan
makanan tambahan untuk kesihatan kulit serta tubuh.
“Lebih-lebih
lagi bagi wanita yang menginjak ke usia 30-an, perkara membabitkan
kecantikan sentiasa menjadi keutamaan diri. Memanglah kita semua akan
tua, tapi tidak salah ambil langkah selamat dan sihat untuk
memperlahankan proses penuaan atau seumpamanya.
“Sebelum menerima
tawaran menjadi ‘wajah baru kempen 360 darjah pemasaran InnerShine Ruby
Collagen, saya cuba minum dulu untuk tengok hasilnya. Percubaan,
kira-kira sebulan (sebelum pelancaran), saya dapati kulit wajah semakin
lembut dan segar.”
Komen Saintis Kanan Cerebos Pacific Limited, Dr Lua Bee Leng:
“Kehadiran
astaxanthin yang berfungsi sebagai pelindung semula jadi, selain
melindungi kulit daripada sinaran matahari yang boleh merosakkan
kolagen. Pada masa sama, menyokong peredaran mikro untuk menyalurkan
nutrien kepada sel kulit dengan berkesan.
“Sinaran ultraungu (UV)
menyumbang kira-kira 80 peratus daripada punca penuaan kulit. Jadi,
pengambilan Innershine Ruby Collagen secara kerap membantu
memperlahankan penuaan kulit.”
Esen Innershine Ruby
Collagen boleh didapati di farmasi dan pasar raya terkemuka pada harga
RM142.90 untuk 14 botol (50 mililiter). Untuk maklumat lanjut, hubungi
talian 1300 228 300 atau layari www.innershine.com.my/rubycollagen.
Jom layan gambar2 pulak:
|
Deko simple di tempat launch |
|
Banner kat luar Tanzini |
|
Hehehe ini pun aku nak snap kan... |
|
Wajah baru-InnerShine RubyCollagen Essence |
|
14 botol2 comel hehehe... |
|
Inilah rupanya ye InnerShine RubyCollagen Essence |
|
Dan bermula la 14 hari bersama InnerShine RubyCollagen Essence |