Tahun: November
Lokasi: KL
Note: Sahabat, please smile, and kick away your pain…
Seorang sahabat tiba-tiba menelefon aku. Suaranya panik, juga sekaligus ada nada putus asa di hujung talian.
“Anne,
ko ada kat umah tak sekarang?” Aku langsung melihat sekelilingku. Di
sebelah, aku nampak penjual kereta mini kaki lima yang sedang tersenyum
sambil menatapku. Beberapa saat sebelum telefon berdering, aku memang
sedang dalam sesi tawar-menawar sebuah kereta mini yang dijualnya.
“Tak.
Aku kat Masjid India ni, kenapa?” Suara aku rasanya tenggelam di tengah
suara teriakan penjual kaki lima lain yang saling bersahut-sahutan.
“Boleh
balik sekarang tak? Aku ada hal penting dengan ko ni, penting sangat,”
Suara di seberang sana terdengar begitu panik. Mungkin cuma perasaan aku
saja, tapi ketika itu aku sempat mendengar suara esakan halus. Dan…Aku,
termasuk orang yang percaya pada kata hati yang pertama kali berdendang
di dalam dadaku. Kata hati aku mengatakan bahawa ada kes berat yang
sedang dihadapi oleh sahabatku itu.
“Kejap ye, Nida.
Bagi aku masa dalam 30 minit, aku usahakan untuk balik secepat yang
boleh,” Kereta mini yang baru sekali ditawar, terus aku beli. Senyum
penjual kereta mini itu nampaknya terkembang begitu lebar.
(Emmm…percayalah,
kalau korang tawar barang baru sekali dan terus disetujui oleh si
penjual barang itu sambil menunjukkan sikap yang ramah, itu tandanya
korang sudah salah menawar! Boleh jadi barang itu masih terlalu mahal
dan itu merupakan keuntungan bagi penjualnya. Kalau sudah begitu, yang
harus korang lakukan hanya satu, ‘jangan pernah bertanya pada penjual
atau kedai lain harga sebenar barang yang sudah korang beli itu, kecuali
kalau hati korang cukup tabah mendengar bahawa harga sebenar yang
biasanya jauh lebih murah.)
Dengan Perdana exclusive
(ahahahaha…kereta anak bosku,merangkap kereta opisku), aku segera
meluncur ke rumah.Wush….wush…Akhirnya, di depan pintu rumahku, kelihatan
sahabatku itu dengan mata yang membengkak sedang mencangkung di depan
pintu rumah. Pakaiannya masih kemas seperti biasa, tapi muka kusut dan
keruh. Hari baru menunjukkan pukul 11.30 tengahari.
Bagaimana
dia boleh memiliki wajah sekusut itu di siang hari tegak berdiri
seperti itu? Aku terus mengajaknya masuk ke dalam rumah.
Di
dalam rumah, tangisnya terus meledak. Pujuk punya pujuk, rupanya dia
baru saja ‘diceraikan’ oleh kekasihnya @ putus hubungan pertungan. Lama
juga aku berusaha untuk menenangkannya hingga akhirnya dia bercerita
bahawa tunangannya itu kena tangkap basah dengan perempuan lain dan
terpaksa dikahwinkan atas desakan keluarga si perempuan terbabit
(aduh…macam dalam slot samarinda pulak…). Padahal, tiga bulan lagi, dia
dan tunangnya itu merancang untuk berkahwin. Kedua orang tua mereka
sudah saling bertemu dan bersilaturahim. Bahkan, hampir semua barang
hantaran sudah dibeli.
“Yang lebih dahsyat lagi Anne, mereka akan kahwin bulan depan!” Semakin tercekik aku mendengarnya.
(Hai,
cinta! Cinta benar-benar misteri. Datang tak diundang pergi tak
dihantar. Tapi cinta memang betul-betul sebuah misteri. Suatu saat
ketika dia datang menyapa, maka segalanya berubah. Yang asalnya rajin
boleh tiba-tiba jadi malas. Yang mulanya bijak, boleh berubah jadi
bengap. Bahkan ketika cinta telah merengkuh, siapa pun sukar untuk
melepaskan dirinya. Semakin berusaha meronta melepaskan rengkuhannya,
semakin diri akan terjerat lekat. Misteri inilah yang membawa berbagai
macam kejutan yang tak terduga. Boleh jadi menyenangkan, boleh juga amat
menyakitkan.)
“Sengal otak aku ni, Anne. Hati aku
betul-betul hancur dan kecewa. Hari ni aku lari dari opis. Hatiku sakit,
Anne. Sakit sangat. Semuanya datang dengan tiba-tiba dan tak
disangka-sangka,”
Semua kesedihan dan kekecewaanya
dikeluarkan dengan penuh emosi… kesedihan yang mendalam. Emosi sahabatku
itu benar-benar pecah dan meledak dalam tangis dan rasa putus asa.
“Macam
mana aku nak buat ni, Anne? Huh, selama ni, bagiku dia adalah
segala-segalanya. Tiga bulan lagi kami nak kahwin, Anne. Tiga bulan je
lagi. Semua persiapan dah lengkap. Aku dah cukup lega dan rasa semuanya
dah ada dalam genggaman aku. Tapi, kenapa jadi macam ni pula?”
Aku
terdiam mendengar semua keluh kesahnya dan semua ledakan hatinya. Ya,
entah apakah aku masih boleh mempertahankan fikiran sihat aku kalau aku
berada di tempatnya? Aku selalu berharap bahawa selamanya, dalam apa
juga keadaan pun, aku tetap dapat mempertahankan fikiran sihat, lagi
waras, dan pasrah pada ketentuan Allah.
“Sabar, Nida.
Mungkin dah takdir korang macam ni. Apa yang terjadi esok hari itu
memang rahsia ilmu Allah. Kita tak pernah tahu apa yang terjadi esok
hari. Faham, kita semua kena faham…semuanya sudah terancang dengan
matang. Tapi kalau memang dah digariskan kena berpisah, nak buat macam
mana lagi? Lebih baik sabar dan berprasangka baik… tentu Allah ada
ketentuan lain yang lebih matang buat ko;”
“KO
SENANGLAH CAKAP MACAM TU, KO TAK PERNAH RASA APA YANG AKU RASA
SEKARANG! BAGI AKU, HIDUP NI DAH TAK TERASA INDAHNYA LAGI. AKU MARAH,
MARAH SANGAT, KECEWA!!! KECEWA SANGAT-SANGAT!!!”
Baik!
Ini bukan pertama kali aku jadi tumpahan kemarahan orang lain. Bukan
pertama kali aku harus menampung kekesalan orang lain. Bukan pertama
kali orang lain yang awalnya nak borak-borak korong, tiba-tiba menyerang
dan bikin kecoh. Tapi, benda macam ni aku anggap sebagai mekanisme
pertahanan diri mereka dalam rangka melindungi diri mereka sendiri agar
tak terlalu merasa jadi yang tersalah. Lalu tanpa terasa mekanisme
pertahanan diri, aku sendiri mulai berfungsi dengan amat baik.
Di
dalam kepala aku, terus berputar sebuah lagu lama, lagu era tahun
enam-puluhan (kalau x silap akulah). Sambil beranjak menghindari tatapan
mata sahabatku yang mulai memerah kerana marah dan putus asa, aku
beranjak dan mengambil CD lagu yang terset di kepala aku itu. CD Player
dah siap untuk memberi khidmatnya. Tekan, ON….Play…
“Buat
sahabatku yang sedang sedih, ni ada kiriman lagu. Selamat menikmati,”
Spontan sahabatku itu melempar bantal kecil ke arahku, senyumnya
terkembang dengan amat getir. Aku terus mengelak sambil melempar tawa
padanya dan mengejeknya kerana sasarannya tadi tak mengena. Sedetik
kemudian, tawanya yang masih separuh hati pun mulai terdengar. Bersama
dengan mengalunnya lagu
Love is Blue yang dinyanyikan oleh Al Martino
Blue, blue, my world is blue
Blue is my world now I’m without you
Grey, grey, my life is grey
Cold is my heart since you went away
Red, red, my eyes are red
Crying for you alone in my bed
Green, green, my jealous heart
I doubted you and now we’re apart
When we met’ how the bright sun shone
Then love died, now the rainbow is gone
Black, black the nights I’ve known
Longing for you, so lost and alone
Gone, gone the love we knew
Blue is my world now I’m without you...
* Huhuhuhu…jahatkan aku…