.

Sabtu, 1 Oktober 2022

Gagal?

Tetaplah terleka pada zon tertentu yang hanya kita rasa selesa



Ya ampun. Seriuslah, lama gila bertapa dalam 'gua' sampai berbulan tak masuk tinggalkan jejak sini. 

Haaa... Setiap kita ada kesibukan sendiri, bukan.

Disibukkan itu dan ini. Padahalnya, gagal urus masa. Sedangkan, kita semua ada 24 jam sehari. Pun, tetaplah terleka pada zon tertentu yang hanya kita rasa selesa.

Begitulah halnya aku, barangkali... Hahaha... Manusia, tak pernah gagal menzalimi diri sendiri. Sama ada tanpa sedar atau memang sedar. Tapi, tetap terus buat dan buat hingga akhirnya, mati dalam penyesalan.

Allahu, semoga kita semua dilindungi daripada terus khayal dalam nikmati dunia yang hanya fatamorgana sifatnya.

Sungguh tiada yang kekal melainkan, DIA.

Khamis, 14 Julai 2022

Perlukah?



"Aku nak kahwin, Bebb. Aku nak. Tapi..."


Jeda.


Lama sekali. Buat rasa rimas dan lemas berdatang sekejapan.


Kopi Ais yang sudah pun mencair aisnya aku sedut perlahan dan lama.


"Aku takut dia tak boleh terima keadaan keluarga aku yang pelik, tak macam keluarga dia. Tak macam keluarga kebanyakan orang. Macam mana kalau dia benci keluarga aku, mana mana aku sendiri benci keadaan keluarga aku?"


Diam-diam aku mengeluh, berat. Aku percaya, berat lagi beban perasaan yang ditanggung kawan baik aku ni. Ini bukan kali pertama dia beritahu tahu nak kahwin. Sudah berkali-kali. Dan, berkali-kali juga aku memberi pesan dan cadangan.


"Aku takut, tapi aku pun ada perasaan dan impian. Aku berharap sangat nak hidup sama dia. Tapi, macam mana? Boleh ke dia terima aku dan keluarga aku seadanya?


"Macam mana kalau dia hilang hormat kat aku disebabkan keadaan keluarga aku? Macam mana kalau dia 'ayam-ayam' kan aku disebabkan perangai mak ayah aku yang pelik-pelik tak macam mak ayah orang lain?"


Nyaris tersembur air kopi ais yang sedang aku teguk mendengar perkataan 'ayam-ayam' dalam luahan rasanya itu.


Ya Tuhan. Semoga Engkau permudah urusan temanku ini. Kuatkan hati dan semangatnya. Hadiahkan dia teman hidup yang menerima diri dan keluarga apa adanya. Dakaplah kedua-duanya dengan kasih sayang-Mu nan tiada tara. Sungguh, aku ingin melihat dia bahagia.

Isnin, 28 Februari 2022

Begitulah




Lama betul tak meninggalkan catatan di sini. Sibuk sana, sini. Pagi bertukar malam. hari berganti minggu. Bulan beralih ke tahun. Sedar-sedar sudah masuk tahun 2022. 


Sudah bulan Mac, Allahu. Pantas sekali masa berlalu meninggalkan kita.


Dan benarlah, demi masa, sesungguh manusia itu dalam kerugian yang nyata. Meningkat usia, tenang tak semakin bertambah tetapi sebaliknya. Beban hidup juga tak berkurang, bertambah hari ke hari.


Begitulah.


Pun kita masih mengejar. Sedang, banyak sekali hal utama yang kita tinggal dan abaikan. Mungkin tanpa sedar atau dalam sedar.


Mencari dan terus mencari, sedang yang pasti ada di depan mata.


Mengharap dan terus berharap, padahal harapan tinggal dilunaskan saja.


Ya, begitulah hidup ini.


Penuh fatamorgana.


Sama ada kita mahu mengakui atau sebaliknya.


Lucu, bukan.

Sabtu, 5 Jun 2021

DIA Yang Terkasih


Buat seorang Aku malu, tetapi rindu.


Buat seorang Aku percaya, DIA sentiasa ada disaat yang lain tiada.


DIA Yang Terkasih.

Ahad, 23 Mei 2021

PKP & Rindu



Tahun kedua kita semua hadap #PKP dek penularan wabak Corona Virus. Entah bila virus ni nak hilang. lenyap terus dari muka bumi, tak tahulah.


Sejak C19 (Covid 19) masuk ke dalam negara kita ni, terlalu banyak hal yang kita semua rindu. Secara peribadi, untuk aku... Serius, terlalu banyak. 


Aku, sejenis lone-ranjer, kebebasan itu sangat penting buat seorang Aku. Sebelum C19 datang melanda, aku bebas ke mana-mana saja. Buat macam-macam perkara yang aku suka, merata aku jelajah demi mencari kepuasan diri.


Itu juga cara aku tenangkan diri, dapat idea baru dan pulihkan kesakitan dalam diri. Aku lemas kalau berkurung dan dikurung. Aku serabut. Stress!


Dan, aktiviti yang paling aku suka dan missing sejak C19 dan PKP ni, apabila tak dapat cuci mata di pasar malam dan pasar pagi.



Serius, dah lama gila tak ke sana. Aku rindu, tapi aku taku. Siapa tak takut mati, aku pun takut. Apa lagi bila ada nyawa lain yang perlu aku lindungi. 


Kalau aku tak jaga dan lindungi diri aku, macam mana aku nak lindungan nyawa-nyawa yang sangat aku sayang?


Ini yang membuatkan aku terpaksa fikir beribu kali kalau nak keluar dari rumah. Balik dari pasar pun aku dah kecut perut nak hadap nyawa lain dalam rumah, apa lagi kalau saja suka-suka masuk cuci mata dan poket di pasar malam/ pasar pagi.


Tak boleh, aku tak boleh buat macam tu.


Setiap masa aku doa (kau orang pun tentu buat hal sama, bukan?), supaya C19 ni cepat-cepat menghilang dari muka bumi ni. Supaya kita dapat kembali menjalani hidup seperti sedia kala.


Tapi, sejak beberapa hari kebelakangan ni, aku rasa keadaan semakin memburuk. Angka-angka semakin naik dan tak nampak bayang nak turun. Allahu.


Kalau kena total lockdown macam tahun lepas, macam mana? Ramai yang akan terkesan. Kesan tahun lepas pun masih ada segelintir tak mampu bangkit lagi. Aduhai.


Kalau tak buat total lockdown, dibimbangi keadaan bertambah serius. Lebih buruk jadinya, semakin tak terkawal.


Ya Tuhan, semoga Engkau Yang Maha Baik terus melindungi kami daripada virus ini. Permudahkan dan lapangkanlah perjalanan hidup kami dunia akhirat. Aamiin.

Khamis, 20 Mei 2021

Rahmat Tuhan Buat Seorang Ibu



Perginya orang yang sayangkan aku macam anak sendiri.


Kematian yang dipermudahkan-Nya. Diambil semula dalam keadaan ‘bersih’ dan tenang sekali.


Allahuakhbar, nikmat-Mu yang mana berani aku dustakan?


Hasnah Musa.


🌹


Al-Fatihah.

Rabu, 19 Mei 2021

Homemade Popia Sira Pedas


Dah 4-5 hari dok cakap, rindunya #PopiaSira #pedas hasil air tangan B (Mardziyatun Hazir ).


Punya rindu, punyalah teringin sampai termimpi-mimpi.


Housemate: “Sedap sangat ke? Tak boleh buat sendiri?”


Aku: “Tak sama. Tak akan sama.”


Housemate: “Janji nampak macam sama, buat pujuk hati.”




Hahaha... Selepas beberapa kali bertangguh dan tak yakin rasanya akan-akan macam B buat, petang ni beranikan diri.


Hasil:

Ranggup.

Pedas.

Manis - pedas.

Tapi...


Rindu B.


Rindu Abah.


Rindu Mak.


Rindu gelak ketawa saat bersama tiga beranak ni (Ampang with

❤️ 💕 💝🌹).
😔😔😔

B & Mak, semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya dunia akhirat.


Abah, semoga sedang bahagia di Syurga terindah-Nya.